Thursday, April 19, 2012

Bye...bye..Labuan..

Selamat Tinggal Pulau Labuan,
Banyak pengalaman yg aku dapat disini,
Pengalaman pertama kerja swasta,
Pengalaman bekerja di syarikat saudagar minyak,
Pengalaman berkawan dengan bangsa lain selain cina dan india,
Pengalaman makan makanan yang mahal,
Pengalaman berkawan dengan bukan islam,
Pengalaman memandu kereta yang mahal2,
Pengalaman berkhidmat untuk komuniti..

Mungkin satu hari aku rindu untuk datang ke sini lagi.....



Selamat Tinggal Pulau Labuan
8/8/2011-28/4/2012...




Poster

Sambungan cerita Darah Tinggi,
Lepas perkara terjadi,
Baru management bukak mata,
Undang-undang baru nak kaji semula,
Cakap aku sebelum ni baru nak dengar,
Untuk kurangkan kos pampasan,
Baru percaya iceberg theory.

Segala poster ditampal,
Untuk memberi peringatan,
Dari berlaku kejadian.

Darah tinggi

Ada satu workers,
Collapse semasa buat kerja tgh panas,
Sempat dibawa ke hospital,
Admit ICU 3 hari,
Umur tak panjang mati di ICU,
Ceritanya tak habis disitu.

Company datang untuk siasat,
Mahu skip dari bayar pampasan,
Aku kena trace segala report,
Dari rekod medical dan segala-galanya,
Nasib baik semuanya masid valid,

Puncanya tekanan darah tinggi,
Defaulted dari ambil treatment,
Beri ubat dia tak makan,
Stok ubat tahun 2009 masih ada,
Ambil mudah pesanan Doktor,
Itu lah kesannya.




Aku dan Pekerja swasta..

Dalam company saudagar minyak ni,
Ramai pekerja2 kontrak yg bekerja makan gaji,
Berasal dari kaum iban,melanau,melayu sarawak,kelabit,bidayuh,kedayan sabah,dll,
Paling aku respect antara ramai-ramai ni,
Orang Iban yg berani mati,
Agi Idup Agi Ngelaban motto hidupnya,
Majoriti di Sabah Sarawak Kaum Iban,
Sama macam orang Kelantan Di Semenanjung,
Ada di mana-mana saja,

Helper,scaffholder,technician,General workers,
Semua orang iban sapu,
Budaya dan bahasa dia kadang-kadang pelik,
Biawak melintas pun dorang sapu,
Katanya makanan paling sedap.

Kalau suruh dia panjat,
Dialah hero nombor satu,
Tapi keberanian Iban mmg macam tu,
Aku respect dgn mereka ni,
Walaupun gaji sehari RM 30.


Tuesday, April 10, 2012

Aku dan motor buruk...

Dulu hidup aku memang susah,
Adik beradik ramai,
Terpaksa berkongsi dalam apa benda,
Keluarga aku tak mampu beli motorsikal,
Kalau nak pergi kemana-mana,
Menumpang kawan yang ada kenderaan saja.
Berbasikal atau menaiki kenderaan awam menjadi pilihan.

Atas berkat menyimpan duit elaun sewaktu hidup dizaman kolej,
Aku berjaya membeli sebijik motor tahun 2005,
Disaat kawan-kawan lain enjoy dengan duit elaun,
Akhirnya aku mampu membeli dengan ansuran setahun saja.
Masih menyimpan dan tak mungkin aku jual,
Kerana motor ni melambangkan kesusahan aku zaman dulu.
Walaupun insurans sudah 3rd party,

Kerana aku sedar,
Aku bukannya datang dari keluarga yang senang,
Tapi masih ada impian dan ada angan-angan,
Kalaulah aku mampu,
Akan ku beli motor ini..



Wednesday, March 28, 2012

Cendol Leman Dawi..

Lepas bawak anak-anak bercuti di Pedas Wet World,teringin nak makan Cendol Leman Dawi yang famous tu.Dah memang lalu kat depan kedai Cendol ni,kita singgah lerr...



Memang terhibur dengar celoteh Pak Leman Dawi ni..Masa kami makan,dia menceritakan pengalaman dia sebagai bekas tentera,sejarah malaysia,sejarah radio,sejarah Melaka & Pulau Pinang..Sebab terlalu asyik mendengar cerita Pak Leman ni,terlupa pulak nak buat Video..next time aku singgah lagi..

Cerita Pak Leman,dia mula-mula meniaga menggunakan van jer,lepas tu dia menumpang di kedai yang terbengkalai di Jalan Pedas-Linggi ni..Akhirnya kedai yang terbiar dan terbengkalai tu,dia gunakan untuk perniagaannya.Persetujuan Majlis Perbandaran dan atas bantuan Badan Hal Ehwal Veteran Tentera,dia terus berniaga di kedai itu tanpa apa-apa bayaran sewa...(menurut kata Pak Leman dgn panjangnya)..

Video Dari Youtube pasal Pak Leman Dawi..


komen: Terbaik..

Garret Popcorn Yang Sangat Awesome..

Setelah urusan melapor diri di tempat baru selesai,aku pun merayau lah ke tempat yg lama sangat aku tak pergi...KLCC..bukannya ape,waktu dulu2 keje di KL,tak berkesempatan pun nak pergi KLCC..bila dah keje jauh ni,tiba-tiba rasa nak pergi kat sini..


Akibat terpengaruh dengan advice blogger Sawanila.com ,aku pun pergi ke tingkat bawah (berhampiran dengan Maybank dan laluan pejalan kaki ke Konvensyen Centre) untuk mencuba Popcorn yg sangat sedap,Garret..Memang terbaik dari popcorn panggung wayang GSC..

Pinjam gambar dari Sawanila.com



Flavour ada macam-macam jenis cth ;chicago Mix (Caramel Crisp and Cheesecorn),Cheesecorn,Caramel Crisp,Macadamia Caramel Crisp,Cashew Caramel Crisp(kacang gajus)..memang sedap semua ni..
Harga dia bermula dengan RM 16 (small),RM21 (medium),RM 26 (large) dan RM 39 (XL)..